Assalamualaikum w.b.t.
thanks for reading this entry ^_^
Berikut adalah gambar yang saya ambil masa dalam pantang tempohari, Masa ni Asyraf baru balik Sekolah Kebangsaan, sebelum pergi Sekolah Agama. Asyraf pandai, dia suruh Maksu Intan belikan burger malam semalam, lepas tu simpan dalam peti ais supaya hari ni dia boleh panaskan dan makan sebelum ke Sekolah Agama. Mama dalam pantang rumah tunggang langgang. Masa dalam pantang ni, kalau tak baba yang prepare makanan, Maksu Intan yang sediakan. Alhamdulillah, Intan dah boleh diharap. Rutin Intan, balik dari sekolah dia akan sediakan pakaian sekolah agama Asyraf dan panaskan makanan. Jadi saya tak risaukan sangat tentang anak2 ni, manakala Aishah akan terus ke rumah Maktok, petang baru kami ambil. Masa dalam pantang saya suruh Aunty Bee Cheng hantar Aishah ke rumah kami terus.
Jom kita lihat gelagat Asyraf makan burger...
Tengah sedap makan uteh datang mengacau, apa lagi, kaki Asyraf naik..hah kan dah kena.. Asyraf tak sepak tapi dia tolak uteh ngan kaki. Mata Asyraf maintain pandang burger ok! (Sayur tolak tepi..Asyraf..Asyraf)
Nyum..nyum..nyumm dia tak perasan lagi mama ambil gambar dia.. ^_^
Bengang ngan Maksu Intan suruh dia mandi.. "tak nampak ker, orang tengah makan.." diorang memang musuh ketat...sabor jelah
Sambil makan tengok tv...dan baru dia perasan mama ambil gambar... "mama jahat, ambik gambar abang makan"...hahaha..
Baru-baru ni, saya perhatikan Asyraf tak ada homework. Setiap kali Aishah sahaja yang buat homework sebelum tidur. Silap mama tak pernah cek buku anak2. Sekali tengok..Ya Allah, buku latihan terutama writing book tak bertanda sejak April lalu, sakit hati ni tengok buku Asyraf macam tu, ya silap saya dah lama tak tengok buku latihan anak, tapi takan cikgu2 tak kisah kalau anak murid tak buat homework. Tak boleh jadi mama mesti talipon cikgu nanti. Selalu bila ditanya Asyraf ada homework tak, Asyraf kata dah buat siap2 kat sekolah.
Biasalah kalau dah bekerja lupa pula nak call cikgu Asyraf. Kat rumah, Intan tanya sama ada saya perasan tak Asyraf dah tak pakai tali leher lagi. Di sekolah Asyraf, hanya murid yang ada jawatan jer akan memakai tali leher. Sebelum ni Asyraf kata, Cikgu Tang (guru kelas) tanya Asyraf nak tak jadi penolong ketua darjah kalau nak, make sure jangan kena rotan sebanyak 3 kali. Sekolah Asyraf kalau homework tak siap atau jawapan tak betul akan dikenakan rotan. Jadi dalam setahun, jawatan ketua dan penolong akan bertukar ganti sekiranya mereka tak kekalkan prestasi. Sebagai seorang ibu, saya bangga sangat sebab Asyraf terpilih. Tapi sayang, jawatan tu bertahan untuk beberapa bulan jer. Sekarang ni Asyraf selalu balik awal sebab masalah kesihatan, dah tentu dia banyak ketinggalan dalam pelajaran.
Khamis hari tu, saya call sekolah agama dan bercakap dengan Ustazah Suhaila guru kelas Asyraf dan minta dia pantau Asyraf sebab kebanyakan buku Asyraf tak bertanda dan banyak tak siap. Minta Ustazah bagitahu Ustaz dan Ustazah yang mengajar Asyraf supaya bertegas dengan Asyraf. "Ustazah bertegaslah dengan anak saya, marahkan dia bila dia tak buat kerja, rotanpun saya tak kisah asalkan dia pandai, memang silap saya sebab percayakan dia selama ni.." begitu juga dengan di sekolah kebangsaan..Saya talipon cikgu kelas Asyraf. Teacher Tang mengajar matematik dan bahasa cina, dua mata pelajaran tu up to date, memang tak ada masalah tapi tetap berpesan dengannya supaya dia sentiasa memantau anak saya.."Cikgu, bertegaslah dengan Asyraf, marahlah dan rotanlah jika perlu...., " sebenarnya guru kelas Asyraf ni memang tegas orangnya, sebab tu buku latihan Asyraf yang diajar oleh Teacher Tang tak ada masalah yang bermasalah tu buku Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, saya juga berpesan dengan guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Chong, Cikgu Chong kata ye ker ada buku tak bertanda, nanti dia akan periksa. Bila saya fikir balik sebenarnya Writing Exercise yang lama tak pertanda... alamak! salah cikgu sepatutnya saya kena bercakap dengan guru bahasa Inggeris tapi tak berkesempatan bercakap dengannya, tapi Cikgu Chong kata dia akan sampaikan "Terima kasih Cikgu Chong, harap cikgu dapat bekerjasama dan bertegas dengan Asyraf ye" (Amboi dapat bekerjasama ko..ayat tak hinggat). Berbalik pada jawatan penolong ketua darjah tu, tanpa ditanya Teacher Tang beritahu saya dia terpaksa lucutkan jawatan tu dari Asyraf sebab lambat hantar homework. Sebagai ketua kumpulan Asyraf perlu tunjuk contoh yang baik untuk kawan-kawannya. Cikgu Tang ada offer Asyraf untuk jadi ketua dengan syarat Asyraf tak ulangi kesilapannya lagi, tapi Asyraf menolak.
Balik kerja, saya dah takut.. takut kena marah ngan anak, takut tengok anak kecewa, ialah pagi tadi bagus jer suruh guru2 Asyraf rotan Asyraf kalau tak buat homework. Mesti Asyraf kecewa sangat. Tapi jangkaan saya salah, Asyraf bersikap seperti biasa dan langsung tak sentuh bab sekolah bila kami berbual. Bila ditanya kenapa Asyraf tolak tawaran jadi ketua, Asyraf diam jer..bila ditanya banyak kali baru dia cakap.."Mama, jadi ketua nanti buat salah kena rotan 3 kali, jadi penolong kena rotan 2 kali.. Abang tak naklah.." pulak... bila diperiksa buku2 Asyraf.. Alhamdulillah dah bertanda, Asyraf kata Cikgu Chong suruh Asyraf keluarkan semua buku latihan dan dia periksa buku tu dan tandakan sekali, cuma buku bahasa Inggeris jer yang macam tak berubah mungkin sebab ada homework baru.
Pesanan untuk ibubapa dan saya sendiri.. silalah periksa buku2 anak anda.. pasti kita tak suka kan kalau cikgu-cikgu tak ambil perhatian untuk anak kita, jadi kita sendiri yang perlu perhatikan anak kita sebelum mengharapkan guru2 mereka.
K.bye!
thanks for reading this entry ^_^
Tu la kan,kadang2 kita terlepas pandang sebab sebuk sangat bekerja..anak saya kecik lagi..insyaallah akan bagi terbaik untuk dia nnti..amin...
BalasPadambetul tu nabila...
PadamIn Sha Allah...Aaminn..
Salam kak,kalau nak tau lebih pasal fellicious kita boleh sembang di fb..saya dah add akak..Ryuna Nabiela
BalasPadamterima kasih... nanti apa2 hal akak pm nabila k.. ^_^
Padamjadi ketua kena rotan 3 kali tu saya kurang setuju.. memang betul ketua kena tunjuk contoh yang baik.. tapi rasanya tak perlu guna rotan nak menguatkuasakan tu..hmm..saya berlembut sangat kot..
BalasPadamtapi kalau saya jadi akak pun saya suh cikgu rotan je anak saya.. tapi kalau boleh rotan nak mengajar ye cikgu.. bukan nak mencederakan..haha..
Sayapun rasa macam tu.. takpelah kalau Asyraf tak jadi ketua :P
Padamsaya suruh cikgu tu bertegas sebab Asyraf dengan mama dia tak nak ikut sangat. Mama tegur dia buat tak tahu tapi kalau cikgu, laju jer..
ingat ye cikgu bagi kebenaran untuk merotan sekadar untuk mengajar jgn pulak mendera..sengsara hati ibu ni nanti.. :) hehe
anak belum sekolah...tak taulah kalau dah school nnti cemana
BalasPadamrelax dulu azian.. nanti bila anak2 dah sekolah baru awak fikirkan ye.. In Sha Allah semuanya akan ok..
PadamAnak cr pun sekolah jugak darjah 1..selalu jugak tanya ada kerja sekolah tak? dia jawab tak ada...nampaknya kena tengok nie...
BalasPadamtengok jangan tak tengok CR..
Padamjadi ibu memang kena selalu perhatikan anak. kena pantau mereka. saya pn dah terasa bahangnya walaupun anak belum sekolah tadika lagi..
BalasPadambetul tu Azi..memang itu adalah tugas ibu, In Sha Allah akan laksanankan dengan baik.
Padammemang kena pantaukan. tapiu tuler kalau dah letih atau terlebih kerja memang tak menyempat... alahai.. jadikanlah kita ibu yang mmp menjaga amanah Allah itu...
BalasPadambetul sangat2 Cho Zila...
Padammoga kita jadi ibu yg mampu menjaga amanah Allah.. Aamin
titip salam regards dulu sama Asyraf, sambil mau baca tulisan ni.
BalasPadamIn Sha Allah, nanti saya sampaikan salamnya. Terima kasih.
Padamsampaikan salam buat Chio(betul tak ejaannya), Arien dan Agree ya. Melalui blog sahaja, dah terasa seperti jiran sebelah rumah.. :)
thanks nita...kadang-kadang kita pun lupa nak check buku sekolah anak
BalasPadamu r welcome Ema.. samalah kia, lepas ni kena check jugaklah setiap hari..
Padamanak saya no 2 darjah 2 tahun ni
BalasPadamsetiap hari sy tgk dia letak beg tepi tangga
pepagi dia susun buku..sesekali sy intai ada homework @ tak
katanya mmg takde homework
sy pulak yg risau ;(
anak awak sebaya Asyraflah yea..
Padammemang tulah jawapan Asyraf setiap kali ditanya,
kalau adapun homework dah buat kat sekolah siap2 katanya.
lepas ni Irfa kena check jugalah buku anak.. sekali sekala kita buat surprise.. check homework diorang, betul ker takde...kdg2 diorang terlepas pandang juga @ lupa yg diorang ada homework ke tak..
nikmat sekali Asyraf menyantap burgernya ya kak nita.. :)
BalasPadamPulang dari sekolah, mungkin dia lapar sangat.. ^_^
PadamHello Nita, this coming to you from Canada. You got a good looking kid there, looks good with his necktie eating. Must be hungry too.
BalasPadamCan see you're a good photographer too....nice angle shots.
Ma'af bahasa saya sebelum Merdeka, ha ha, so I tulis England. ha ha.
I like the way he studies his food before eating....
You have fun and keep a song in your heart.
Lee.
Hello Uncle Lee from Canada..
PadamYes, he is hungry
tidak mengapa, saya faham tulisan England cuma bermasalah untuk menuturkannya.. :P hehehe
I will, thank you (^_^)
bagus tu kak.. bila tgk undang2 baru, rasa sesak nafas je kalau amik profession guru.. apatah lagi yang menjadi guru.. buat itu ini salah, bahkan kalau tak mabil berat pasal murid pun salah.. mungkin, anak murid patut diberi pujian walaupun anak murid salah, baru la betul kot.. huhu.. btw, besarnya cermin mata asyraf... haha..
BalasPadamerm... sebab tu lah ganjaran untuk seorang guru bukan sahaja dapat di dunia malah juga di akhirat kelak..
Padamsalah anggapan awak tu zizie, kalau murid tu salah kita kenalah tegur tapi dengan berhemahlah.. setiap murid cara nak menegur lain-lain, ikut peringkat.. kanak2 lain, remaja, malah org dewasa pun lain. Kalau awak nak jadi guru awak kena tanya diri sendiri.. awak nak mendidik ke atau awak nakkan kerjaya saja.. Ketahuilah zizie menjadi pendidik bukan sesuatu yang mudah...akak bukan seorang guru tapi pernah tinggal bersama-sama guru jadi sedikit sebanyak akak tahu tentang guru ni..
cermim mata besar sebab senang nak tengok tulisan kat papan hitam..
-peace-
nasihat yang bagus.,.
BalasPadamsemoga Asyraf jadi anak yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama, dan negara kelak~
Aamiin...
Padamterima kasih kyo_9 (^_^)
cabaran ibubapa tu kanns.,uHHUuu
BalasPadamkann...wak gelas..kann.. hehehe :P
Padammoga asyraf menjadi anak yang terbaik bagi ubu bapanyaa...
BalasPadammoga buku latihan asyraf dah ok lepas ni..
Aamiin..
PadamAlahamdulillah.. dah ok dah, anna (^_^)
mmg cabaran skang ni kan kak nak didik anak2 tambah2 dh masuk sekolah nak kena pantau semua la...
BalasPadambetul waniey.. moga kita berjaya atasi cabaran ni kan waniey.. :)
PadamAkak jangan marah sangat dengan anak tak buat homework... sy masa sekolah dulu tak suka buat homework... buku tulis pun tak ada -_-
BalasPadamAkak tak marah, sebab akak dulupun macam tu jugak..
Padamcuma sekarang dah jadi mak, jadi karektor dah berubah..Mak memang nak anak dia jadi yang terbaik kann...
Tak! akak tak marah, kita bincang... :P
insyaallah, dah besar akn jd ank yg baik ni
BalasPadamIn Sha Allah.. terima kasih ika ^_^
Padamanak2 memang gitu la perangai...cuma kita kena pantau je...tapi mesti kadang tu angin naik juga kan bila kita pun sibuk, depa pulak buat hal...:))
BalasPadamBetul tu McK.. ^_^
Padambudak2 lelaki mmg kena pantau kan..tak tanya tak buat la homework dia..huhu..
BalasPadambetul tu mama_kaOri..kadang2 bila ditanya.. ntahlah jawapnye..hihi
Padamnaseb baik tak kawen lagi jadi tak payah fikir dulu. kikiki
BalasPadamnaseb baik erk.. tungguuuu...nanti masanya kan tiba.. hihihi
PadamSbgi ibu bapa.kite xbleh tlalu blmbut dgn ank2..kite kne bg cikgu permission utk btehas dgn ank kite kan
BalasPadamBetul tu Mimi, ini semua untuk masa depan mereka jugakkan..
Padam