Assalamualaikum w.b.t.
Jom layan gambar diorang..
thanks for reading this entry ^_^
Sekejap jer masa berlalu, sekarang Aishah dah masuk darjah satu..31.12.2013 hari orientasi sekolah. So malam ni kita test baju sekolah k..
Kalau ikutkan Aishah dia taknak pergi sebab abang tak pergi, dia nak ke sekolah hari Khamis ni sama2 ngan Abang. Takleh nak ikutlah kehendak dia sebab semalam 30.12.2013 ada orientasi sekolah Agama tapi sebab mama ni pelupa jadi tak pergilah jawapnya, jadi nak taknak hari ni kena pergi jugaklah kan.
Jom layan gambar diorang..
Test uniform.. Baju kurung sekolah ni Maktok sponsor siap jahitkan 3 pasang baju sekolah Kebangsaan dan 3 kain merah untuk sekolah Agama serta 3 helai tudung.. baba belikan kasut ngan stoking jer.. Alhamdulillah...rezeki
Kasut sama saiz, nasiblah baba dia pilihkan jadi tak sama jenis, kalau tak mesti tertukar nanti..
GTS - Gang Teksi Sekolah katanya.. (baba bawa teksi..hihihi)
Bag tahun lepas, sebab Aunty Bee Cheng (kereta sewa) tak kasi bawa bag jenis ni masa tadika jadi bag ni jarang digunakan so this year Aishah akan membelasahkannya bag ini nanti...masih untung di situ
Asyraf.. rambut kasi potong esok,.. Umi telah menyeponser 2 helai kemeja sekolah.. seluar sekolah masih baru.. baru 1/2 tahun pakai..hehehe dok payoh beli lagi kot.. (dah mula membahilkan diri nampak..bukan kedekut tapi jimat)
Alhamdulillah.. untung mama dapat anak macam Asyraf ni, tak kisah pakaian lama asal dapat buku tulis baru dah ok katanya.. sungguh terharu. Tahun ni Asyraf dah masuk darjah 3. Masih bertanya mama bila nak tukar sekolah melayu.. jawapan mama Asyraf kan bijak takyah tukarlah hehehe..

Betapa cutenya Asyraf masa darjah 2. kelihatan begitu kecil sekali antara yang lain..
(Ma.. nape Abang pendek ha...?? - sebab Abang tak suka melompat..thihihi)

Si comel ni..Ais krim memanjang.. kalau di rumah 2 kali sehari kat sekolah ni pun dia belasah Ais krim juga..
Pagi2 mama dah mengaum.. mana taknye susah benar nak bangun anak dara ni.. Masa tadika dulu bolehlah kan.. Sekolah Kebangsaan ni jangan harap.. Jam 5 pagi semua kena bersiap dah, kalau tak lewatlah diorang ke sekolah nanti. Dahlah jalan kat KL hari2 jam.

masa orientasi darjah satu..sesak ngan parents.. masing2 nak membayar yuran, sekali ambil buku latihan dan teks..
Sebab lambat benor nak mendaftar jadi Aishah dimasukkan dalam kelas 1U
TPM melawat sekolah.. terselit jugak gambar si Aisyah.. (lepas TPM balik wartawan Astro Awani sibuk cari parents nak interview, datang kat mama, mama jawap phone call dan baba pula cakap dia cuma ambil budak2 sekolah balik jer.. ada parents siap larikan diri lagi..semuapun takmo glamer hihihi )


Graduan Joykid..
Tak sempat nak buat entry tentang Concert dan Graduation Day 2013 tempohari macam concert abang Asyraf dulu, masalah kamera mama hilang dan bateri handphone low jadi tak sempat nak ambil gambar kenangan. Cd concert pulak tu takleh nak copy gambar jadi tak dapat mama nak ceritakan kemeriahan hari tu.. sorry.. Tapi hari tu mama sempat tengok Aishah dan kawan-kawan nanyi lagu nasyid dan berlakon walaupun watak Aishah kecil tapi mama dah bangga dah tengok anak mama atas stage. Tambahan pula tengok Aishah ambil piala dan sijil dari Teacher Zana. Aishah belajar di Tadika Joykid selama 3 tahun. Memang rasa terhutang budi sungguh dengan guru2 Aishah terutama Teacher Zana yang baik hati didik Aishah ni. Terima kasih Teacher Zana dan semua..

Si ceria Aishah..
Aishah sayang, mama sangat2 sayang Aishah walaupun mama selalu marah Aishah. Mama marah sebab mama sayang, mama nak Aishah jadi anak yang baik. Semoga Aishah jadi anak yang solehah dan bijak. Mama love you always.. ^_^
Sekarang ni Aishah dah start sekolah pagi dan sekolah Agama sebelah petang. Maka tidurnya menjadi awal. Mungkin sebab kepenatan. Aishah juga dah mula tuisyen hari Jumaat dan Sabtu.
To all my kids, all the best!
Sekarang ni Aishah dah start sekolah pagi dan sekolah Agama sebelah petang. Maka tidurnya menjadi awal. Mungkin sebab kepenatan. Aishah juga dah mula tuisyen hari Jumaat dan Sabtu.
To all my kids, all the best!
thanks for reading this entry ^_^
Semangat ya Aishah, semoga tambah pinter ...
BalasPadamSemangat!
PadamAamiin..InsyaAllah..
Terima kasih Mohammad Isnaeni.. ^_^
comel aisyah kan..bergambar pun mcm model..hihi
BalasPadamasyraf pun hencem gak..hihi
Aishah memang suka bergambar macam tu..perasaan sikit orangnya..hehehe
PadamAsyraf pemalu sikit orangnya..
anyway Alhamdulillah...
terima kasih fazitaismail.. ^_^
sekolah cina ye..bagusnya kak..saya terfikirjugak..tapi ayahnya buat tak dengar je masa saya cadangkan...hmm..tak setujulah tu
BalasPadamha'ah..Nafisa..
Padamakak pula ramai yang tak setuju tapi akak buat tak dengar je..sebab akak yakin anak2 akak boleh, lagipun sebelah petang anak2 akak pergi sekolah Agama.. balance kan??
da besar da ank dara ni... t sekola belajar rajin2 yer.... t keputusan cemerlang cik anie belnje ok... :)
BalasPadamInsyaAllah...
Padamdoa-doakanlah si Aisyah ni yer..
TQ Anie.. ^_^
parent malu nak di interview :)
BalasPadambetul tu Dkna Abza, itu perkara yang sebenarnya.. :P
Padamauwwh, terselit lagi bersama TPM..
BalasPadamhahaha.. kenangan kan..
Padamambil gambar ni kat FB Sekolah.. saja letak hehehe..
Asyraf dah tak pakai speck ke skrg? Ooo, dia skolah cina ye? Saya ada jugak plan nak htr Luth ke sekolah cina nanti. Biar dia boleh kuasai banyak bahasa. InsyaAllah.
BalasPadamPakai, tapi kat rumah dia jarang pakai.. masa belajar jer.. rabun jauh..
PadamHa'ah.. Asyraf dan Aishah saya hantar sekolah cina. Betul tu, biar dia kuasai banyak bahasa..InsyaAllah..
Asyraf sekolah China? Bagusnya...cepatnya masa kan Nita...Aisyah pun dah std 1....Take care
BalasPadamAsyraf dan Aishah belajar di sekolah cina..
Padambetul tu kak, sekejap jer rasa.. macam tak sangka pun ada..
Terima kasih Mak Wardah..
saya rasanye kecik2 dulu payah nak p sek.
BalasPadamsiap kna rotan smpai nanges baru la nak pegi..hehe
hehe..
Padamkena berterima kasih banyak2 pada yg merotan tu, sebab dialah Nick hingga sekarang pergi sekolah bukan belajar lagi tapi dah jadi tenaga pengajar dah.. kan..
Abg dh sama beso ngan adik
BalasPadamBagusnya anta skolah cina
Dpt blaja dan kuasai bahasa asing selain bm n bi
Moga rajin2 blaja! :)
hahaha..abang tu tak beso2 tu yang sama dengan adik tu..
PadamInsyaAllah.. moga adalah manfaatnya kan..
Terima kasih Nad.. ^_^
geng teksi sekolah pun comel jeee...hiks
BalasPadamhihihi...maceh Ain Dzaya ^_^
PadamNita, akak rindukan sgt2 ni...Wardah dah berdikari, tak perlu mak tolong lagi
BalasPadamhehehe..ye ke.. saya pulak dah rindu zaman diorang baby..erm tak lama macam akak jugaklah kot, bila diorang dah pandai berdikari saya akan rindu zaman diorang baru melangkah ke alam persekolahan pula..
Padamitulah kehidupankan.. ^_^
hi nita 2 tahun lagi sofea pulak masuk darjah satu. ni tengah pening nak daftar online. belum decide nak anta sekolah mana. banyak sangat sekolah area puchong ni.
BalasPadamlambat lagi.. 2 tahun.. masih boleh tinjau-meninjau sekolah yang terbaik sekitar Puchong tu...
Padamsayapun dulu pening gak nak pilih sekolah, akhirnya pilih yang paling dekat ngan opis, senang sikit kalau ada apa2 hal.. ^_^